assalamualaikum semua.hari ni saye nk wat cerite seorang anak memaki dan menghina ibu kandungnye sendiri............
segala kemahuanku ayah dan ibu turutkan.tidak pernah mereka membantah.mungkin aku adalah anak tunggal mereka.cuma satu aku tidak puas hati,aku sering ditinggalkan bersendirian di rumah.masing2 sibuk dengan kerja.setiap pagi aku ke sekolah dihantar dan dijemput.keadaan tersebut merimaskan aku.melihat kawan kawan ke sekolah dengan menaiki basikal.timbul keinginan untuk memiliki basikal.lantas,aku anjurkan permintaanku itu kepaa ayah.esoknye,ayah telah membelikan aku sebuah basikal berwarna biru.alangkah gembiranye hatiku.jadi,mulai hari itu,aku ke sekolah dengan menaiki basikal bersama kawan kawan.
pada suatu hari,ketika dalam perjalanan ke sekolah,seorang perempuan tua yg berpakaian compang-camping memanggil dan mengaku aku anaknye.aku terkejut,kawan kawanku mentertawakan aku.perempuan tua itu terus memanggil 'anakku...anakku' berulang kali.aku menjadi malu dan sangat marah.selepas peristiwa itu,perempuan tua itu selalu menungguku.apabila terpandang sahaja aku die akan menerpa dan melaung memanggil namaku.timbul kehairanan di hatiku apabila perempuan tua itu mengetahui namaku.aku tidak mengendahkannya dan terus mengayuh basikal laju-laju.
semenjak peristiwa itu,hatiku tidak pernah tenang.tetapi aku tidak menceritakan kepada sesiapa pon.termasuklah ibu dan ayahku.bermula peristiwa itu juga,perasaan benci mula bertapak di hatiku setiap kali terpandang perempuan tua itu.terfikir juga dibenakku,mungkin perempuan tua itu kehilangan anaknye dan sangat merinduinye.ah,aku sendiri sukar untuk mendapat jawapannya!
pernah juga aku menghulur duit kepada perempuan tua itu tetapi die menolaknye dan ingin memelukku sambil berlinangan air mata di pipinye.melihat keadaannya itu,aku terus memukulnye dengan kayu sekuat hatiku dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnye tanpa rasa bersalah.setiap kali terserempak,aku akan membalingkannya dengan batu dan mengejeknye.perbuatanku itu turut diikuti oleh rakan-rakanku.
tanpaku sedari,ayahku telah melihat perbuatanku lalu memarahiku.sebelum ini ayahku tidak pernah memarahiku atau bercakap kasar denganku.kemudian ayah mendekati perempuan tua itu.aku melihat ayah berbual panjang dengan perempuan tua itu.rupa-rupanya ayah mengenali die.merah muka ayah menahan sebak dan memelukku dengan erat.ayah menjelaskan bahawa aku hanyalah anak angkatnye dan perempuan tua itu adalah ibu kandungku sendiri.
betapa besarnye dosa yang telah ku lakukan selama ini.aku tidak sanggup untuk menghadapinye lagi.oh Tuhan,ampunilah dosaku!
-tamat-

No comments:
Post a Comment