malam itu malam minggu.aku dan maliki telah pergi menonton cerita seram.setelah selesai menonton,kami pulang ke rumah masing-masing.aku berasa amat letih.tanpa membasuh kaki,aku terus tidur.
tidak lama kemudian,aku merasa badanku melayang-layang dan tercampak di sebuah pondok usang.suasana di dalamnya amat menyeramkan.dinding pondok itu telah reput.aku amat terkejut apabila terpandang sebuah keranda.perasaan takut mula menyelubungi diriku.
aku mula dihantui kehairanan kerana suasana di pondok itu seperti dalam cerita yang aku tontonkan sebentar tadi.tiba-tiba kedengaran suara wanita mengilai.hilaiannya menggerunkan.bulu romaku berdiri dan peluh dingin membasahi baju.
aku cuba mencari jalan keluar.tetapi tidak jumpa.tiba-tiba bahuku dicuit orang.aku menoleh ke belakang .alangkah terkejutnye aku apabila melihat lembaga hodoh itu tersenyum kepadaku.
rambutnya kusut-masai,kukunya panjang dan matanya merah.lembaga itu cuba mencekikku.aku meronta-ronta untuk melepaskan diri dan menjerit meminta tolong.namun, kekuatan lembaga itu tidak dapat aku tewaskan.
ketika aku berusaha untuk melepaskan diri,aku terasa badanku digoncang dengan kuat.kedengaran suara memanggil namaku.perlahan-lahan aku membuka mata.aku mendapati ibu di sisiku.barulah aku sedar bahawa aku telah bermimpi.ibu mengingatkan aku supaya membersihkan kaki sebelum tidur.aku hanya mendiamkan diri kerana aku masih teringatkan mimpi seram itu.
-tamat-

No comments:
Post a Comment